Sunday 28 October 2012

serangkap bicara

dengan lafaz bismillah, saya mulakan luahan dan coretan saya di ruangan ini...
sekadar permulaan, tiada apa yang dapat diperkatakan sekadar penceritaan sejarah hidup saya dari dalam rahim ibu saya sehinggalah keluarnya saya menatap dunia dan membesar hingga berusia 23 tahun.
kisah bermula dengan laungan azan dan iqamat di telingga kiri dan kanan saya setelah dilahirkan disebuah rumah kecil dalam sebuah perkampungan nelayan, yang diberi nama Kampung Kuala Abang. Sebuah keluarga yang hidup bergantung kepada rezeki Allah dengan berniaga di kedai kopi.

                                                         (kawasan belakang rumah)

 alhamdulillah, rezeki Allah cukup untuk membesarkan saya sehingga mampu untuk berbicara dan berjalan kesana kemari. kehidupan dalam sebuah rumah yang dikongsi bersama dengan ibu, nenek, atuk dan makcik pakcik menjadikan proses membesar saya cukup meriah. pada usia 4 tahun, saya telah mula diajar untuk berjinak2 dengan air, dengan pantai,dengan ombak. dan semenjak itu, kehidupan saya pada tahun2 mendatang sentiasa dengan pantai.

                                          (pantai yang sanggattt cantik... :) pantai batu pelanduk)
dalam usia 5 tahun saya da mula bersekolah di Tabika Kemas Kg Kuala Abang, permulaan sekolah yang sangat menyeronokkan, tidak seperti kanak-kanak yang lain, pada usia itu, ibu telah membenarkan saya berbasikal ke tadika, kebetulan rumah tidaklah jauh dengan tadika. zaman kanak-kanak itu sangat indah kan, bile dikenang kembali, kehidupan ketika itu, main, main dan main. x perlu nk fikirkan masalah dunia,masalah ekonomi, masalah negara, dan xyah nk pk pasal politik. ketika dibangku tadika juga saya mula mempunyai kawan baik, faisal dan rohaimie. Walaupun kami dari latarbelakang keluarga yang berbeza, tetapi kami bertiga tetap bersahabat baik dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah walaupun berlainan sekolah, dan seihingga hari ini, walaupun masing2 dah memilih jalan hidup masing2.kami masih tetap berkumpul ketika hari raya.
pada usia 7 tahun, saya mula melangkah ke Sek Keb Kuala Abang, yang terletak kira-kira 7 kilometer dari rumah. kebetulan saya masih sempat bersekolah bersama-sama dengan maksu saya yang ketika itu sudah dalam darjah 5. jadi, tiap-tiap pagi, kami bersama-sama menunggu bas ke sekolah. berbagai-bagai peristiwa berlaku ketika itu.
kisah disekolah rendah akan dicoretkan semula nanti. :)

setelah keputusan UPSR keluar, dengan keputusan yang kurang memuaskan, saya melangkah masuk kesebuah sekolah yang sangat terkenal dengan masalah disiplin pelajarnya. saya hanya sempat bersekolah di sekolah itu untuk tempoh tiga tahun, selepas PMR, saya berpindah ke sekolah baru yang dibina berdekatan dengan kg. oleh kerana jarak dari rumah ke sekolah tidak jauh, basikal menjadi pengakutan utama untuk saya ke sekolah ketika itu. pelbagai pahit manis saya lalui di sekolah itu, dan disebabkan kurangnya kesedaran diri ketika itu, keputusan SPM saya tidaklah begitu memuaskan. namun, takdir tuhan menentukan segalanya. saya mula berfikir yang tidak dapat menyambung pelajaran kemana-mana intitut pengajian lagi, namun, atas nasihat sahabat baik saya, faisal, saya melangkahkan kaki ke sekolah lagi, dan kali ini untuk berjuang dalam peperiksaan STPM. Alhamdulillah, kesedaran diri yang tinggi, telah membawa saya medapat kejayaan yang cemerlang dan menjadi calon STPM terbaik bagi sekolah itu pada tahun 2009... perjuangan diteruskan di UPSI dan kini saya masih lagi berjuang untuk menghabiskan semester yang hanya tinggal satu semester sahaja lagi..
itu sahaja sekadar pendahuluan untuk laman ini....
serangkap pantun dari saya,
            budak-budak  terkejar2,
            tersalah kejar terpijak tebuan,
            saya budak baru belajar,
            salah silap sila tegurkan